Muzium Budaya Borneo (BCM) menjadi tumpuan pelajar ketika cuti sekolah dengan pameran khazanah warisan yang kaya dengan seni budaya pelbagai etnik Sarawak.<br /><br />Malah ia juga dilihat sebagai platform efektif untuk mendalami ilmu sejarah yang tidak dapat diterjemah melalui buku teks sahaja.
